8/27/2013
menanam anggur di tepi bibir
rasanya ramai dah boleh agak apa yang aku nak merepekkan dalam post ni berdasarkan tajuk diatas. kan? kan? (syok sendiri bajet ramai yg baca blog jadah ni.. hahaha)
menanam anggur di tepi bibir. satu ayat yang sangat mendalam maksudnya sehinggakan badan memerlukan lebih kurang 15 kilokalori untuk generate pemahaman terhadap ayat berkenaan. ayat yang umum tetapi padu dan jitu ini memberikan banyak makna, setiap satunya berlainan based on tahap IQ setiap manusia yg mendengarnya, atau dalam kes ini, membacanya. orang2 yg cakna dengan pemahaman bahasa melayu masa SPM pastinya bengang dengan gua kerana mempermainkan peribahasa asalnya iaitu "Menanam tebu di pinggir bibir". eh aku peduli hape.. haha
sekarang ni gua tengah strive untuk berdepan dengan satu last exam. eh pehal kena amek exam lagi? nak dijadikan cerita, satu subjek puaka ni bernama Teori Sains Komputer gua amek masa sem 1 tahun 2. serius subjek ni puaka. bukan sebab dia susah ke apa (semua subjek susah kot.. nak buat cemana.. haha) tapi sebab kelas dia hari isnin pukul 8 pagi. dah la hari isnin, 8 pagi pulak.. terus kemungkinan gua nak pegi kelas tu dari 100% mendadak terjunam turun jadi 15% je.. memang ko power cemana pun time final exam, x lepas punya la sbb kehadiran mcm tu.. (ish3 teruk tabiat gua ni, tapi ni dulu. lepas latihan industri kat sony dah bangun kul 6.30 hari2, kelas pukul 8 pedehal.. hahaha) so nak dijadikan cerita, gua fail subjek tu. biasanya kalau fail subjek sem tu, sem sama sesi hadapan boleh diulang semula, tapi gua latihan industri pulak sem 1 tahun 3, bermakna pengulangan tak boleh dibuat masa tu.
jadi, hari isnin ni (2 hb september 2013) gua akan mengambil semula paper berkenaan. doakan gua. insyaALLAH gua buat yg terbaik *sambil belek2 nota*
ha apa kena mengena exam ni dengan menanam anggur pulak? konfius dah aku.. haha
kaitannya, kalau aku lepas exam ni, bermakna aku akan grad la bulan 10 ni.. konvo oi konvo.. first time konvoo.. haha.. dah lepas konvo baru leh carik kerja dgn amann tanpa memikirkan masalah2 lain.. sekarang pulak tak kerja lagi.. menganggur la.. haa nampak x kaitannya ngan tajuk post? hahaha
nak nampak bagi ada kaitan lagi, nah gambar anggur dan bibir. kah45
adiosssaaa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ko phm ke x maksud peribahasa tu hop? hampeh betol..
ReplyDeleteHaiiiii..Cakkk!!
ReplyDeletedone follow sini no. 44
sudilah kiranya follow me back yea..
he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)
http://tengkubutang.blogspot.com/
dan my 2nd blog
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/