J u s t A n o t h e r H a n d ~
That Like To Type.
8/27/2013
menanam anggur di tepi bibir
rasanya ramai dah boleh agak apa yang aku nak merepekkan dalam post ni berdasarkan tajuk diatas. kan? kan? (syok sendiri bajet ramai yg baca blog jadah ni.. hahaha)
menanam anggur di tepi bibir. satu ayat yang sangat mendalam maksudnya sehinggakan badan memerlukan lebih kurang 15 kilokalori untuk generate pemahaman terhadap ayat berkenaan. ayat yang umum tetapi padu dan jitu ini memberikan banyak makna, setiap satunya berlainan based on tahap IQ setiap manusia yg mendengarnya, atau dalam kes ini, membacanya. orang2 yg cakna dengan pemahaman bahasa melayu masa SPM pastinya bengang dengan gua kerana mempermainkan peribahasa asalnya iaitu "Menanam tebu di pinggir bibir". eh aku peduli hape.. haha
sekarang ni gua tengah strive untuk berdepan dengan satu last exam. eh pehal kena amek exam lagi? nak dijadikan cerita, satu subjek puaka ni bernama Teori Sains Komputer gua amek masa sem 1 tahun 2. serius subjek ni puaka. bukan sebab dia susah ke apa (semua subjek susah kot.. nak buat cemana.. haha) tapi sebab kelas dia hari isnin pukul 8 pagi. dah la hari isnin, 8 pagi pulak.. terus kemungkinan gua nak pegi kelas tu dari 100% mendadak terjunam turun jadi 15% je.. memang ko power cemana pun time final exam, x lepas punya la sbb kehadiran mcm tu.. (ish3 teruk tabiat gua ni, tapi ni dulu. lepas latihan industri kat sony dah bangun kul 6.30 hari2, kelas pukul 8 pedehal.. hahaha) so nak dijadikan cerita, gua fail subjek tu. biasanya kalau fail subjek sem tu, sem sama sesi hadapan boleh diulang semula, tapi gua latihan industri pulak sem 1 tahun 3, bermakna pengulangan tak boleh dibuat masa tu.
jadi, hari isnin ni (2 hb september 2013) gua akan mengambil semula paper berkenaan. doakan gua. insyaALLAH gua buat yg terbaik *sambil belek2 nota*
ha apa kena mengena exam ni dengan menanam anggur pulak? konfius dah aku.. haha
kaitannya, kalau aku lepas exam ni, bermakna aku akan grad la bulan 10 ni.. konvo oi konvo.. first time konvoo.. haha.. dah lepas konvo baru leh carik kerja dgn amann tanpa memikirkan masalah2 lain.. sekarang pulak tak kerja lagi.. menganggur la.. haa nampak x kaitannya ngan tajuk post? hahaha
nak nampak bagi ada kaitan lagi, nah gambar anggur dan bibir. kah45
adiosssaaa
6/27/2013
misteri FYP yang tak siap-siap.
heh.
setuden, tu dei i wan tu tok ebaut ef wai pi. du u no wat is ef wai pi?
mak ai cacat betul penggunaan bahasa ni.. haha
ok gua nak ckp pasal fyp, literally. ("cemana nak cakap kalau ko menaip!?" jerit hati kecik gua) ok2.. kalau ckp korang dengar, so gua nak taip. aih tu pun salah. apedia aku mengarut nih.
FYP. Abbrevation for Final Year Project. amboi speaking kau. sebagai pelajar tahun akhir, mesti ekau kono buek FYP jugok an? an? an? haaa.. fyp gua ni lain sikit. consist of thesis, project, viva and hantar draf2 mengarut yang tak sudah2 banyak salahnya. project pulak consist of benda2 yang sepatutnya baru dibangunkan, dalam erti kata lain, gua sepatutnya membina sebuah aplikasi baru untuk kegunaan awam. siap kegunaan awam. mak ai gua pening baca ayat gua sendiri. almaklumla kepala dah tingtong. pukul 2.20pagi kot sekarang. =.=' ni la padah duk main game je. haha
kalau bezakan fyp fakulti lain, diorang ada masa setahun (2 semester untuk buat benda mengarut ni) manakala fakulti gua ada satu sem je (kurang 5 bulan). tak ke pelik tu? dah la satu sem je bagi, nak aplikasi meletup2 plak. haaaaa kerajaan mana yang patut dipersalahkan sekarang? nak salahkan kerajaan langit dah lama kena roboh. haihhh..
nak dijadikan cerita, aplikasi yg gua "cuba" bangunkan adalah aplikasi mengesan kehadiran pelajar melalui bluetooth dengan menggunakan platform android.
GEMPAK KAN? NAMA DAH GEMPAK! GUA MEMANG HENSEM! eh pehal tetiba.
tapi hampeh tak siap2. hahaha
tapi apakan daya. gua buat semampunya sahaja. dengan bantuan padu daripada saudara rafsenjeni, gua hampir dapat menyiapkan aplikasi mengarut ni dalam kadar jitu dan mungkin memberangsangkan. mungkin la. gua tak cakap kompom. kalau kompom dah lama dah siap. kah4
due date hantar draf dah lepas dah. time besday gua pulak tu. merosak je hari istimewa. harun jadah betul. nasib baik buah hati menceriakan gua pada hari berkenaan.. muehehe (gelak baik) k.
nasib kau la budak sains komputer. member2 gua yang lain pun duk bersusah payah buat sistem n siapkan thesis diorg. tapi takde satu pun yg gua nampak, segigih dan semerana bebudak ftsm. dah la banyak kena belajar sendiri, lecturer pulak nak benda gempak2 je. kalau gua jadi lecturer, gua suh anak murid gua buat aplikasi mudah je. contohnya aplikasi mengesan awek yang single. boleh la jejaka2 ftsm yg single tu mencari jodoh. kah4 apa aku mengarut ni.
buat rakan-rakan ftsm yg gua kenal.. khususnya bebudak tk.. rasa macam rajin pulak nak taip nama korang an.
apau, acan, wak jol, midi, daos, mira, kak su, yana, mimi, aida, shira, nurul, pika, hana, tiqah, iffah, alia, wawan, fatin, ain, soniah, mai, n kak shaza.
goodluck and all the best FYP masing2. jangan tgk ideo fyp jepa. nanti sakit jiwa. hahahaha
kbai.
dan untuk inspirasi semua, gua berikan satu komik meme untuk korang. haha

5/19/2013
berterima kasih
Gua bukannya bagus sangat dalam hal berterima kasih ni. Tapi gua nak kongsikan sedikit perihalnya berterima kasih..
"Saya juga teringat akan satu hadis, bilamana Rasulullah S.A.W bersabda, bahwa manusia yang tidak berterima kasih kepada manusia lain, maka dia tidak berterima kasih kepada Allah!
Berterima kasih, ialah satu akhlak yang mulia. Akhlak Rasulullah S.A.W. Pernah satu ketika dahulu, seorang Yahudi menghadiahkan kepada Rasulullah buah limau yang sangat masam. Tujuannya ialah untuk memalukan dan mengenakan Baginda.
Baginda meraikan pemberian dan hadiah itu, walaupun Baginda tahu ada suatu yang tak kena pada pemberian itu. Lalu, di hadapan para sahabat dan orang Yahudi itu tadi, baginda makan buah limau yang tersangat-sangat masam itu.
Seulas dijamah, dengan senyum.
Seulas yang lain, juga dengan senyum.
Hingga habis, juga dengan senyum.
Maka marahlah dan kecewalah Yahudi itu tadi, hingga dia pun berlalu dengan hati yang meluap-luap marah, kerana tak berjaya mengenakan Nabi Muhammad.
Sesudah Yahudi itu berlalu, para sahabat yang kehairanan pun bertanya, "Wahai Rasulullah. Sesungguhnya kamu, apabila diberikan hadiah, tidak pernah langsung kamu makan sendiri-sendiri. Kamu sentiasa sahaja berkongsi dengan kami. Tetapi masa kamu memakan buah limau itu, kamu langsung tidak memberikan sedikit kepada kami. Mengapa?"
"Limau ini terlampau masam. Aku bimbang jika kamu makan, wajah kamu akan berkerut atau meludahnya, dan itu mungkin akan membuatkan si pemberi tadi, terasa hati".
Itu akhlak yang sangat tinggi nilainya, tapi malangnya, ia makin pupus. "
- petikan artikel tulisan senior gua (http://iqbalsyarie.blogspot.sg/2012/09/)
Gua sangat terkesan dengan artikel ni.. Sehingga terasa nak buat satu penulisan pasal benda ni. Tapi apakan daya, masa gua tak mencukupi untuk membebel panjang.
Jadi, dimana nilai dan akhlak berterima kasih dalam diri kita? Ada kita berterima kasih apabila org memenuhi permintaan kita? Ada kita berterima kasih apabila sahabat kita membantu menyelesaikan masalah kita? Ada kita berterima kasih jika kawan pinjamkan 2 posen kepada kita? Walau sekecil mana pun bantuan diberikan, seperti contoh, membukakan pintu untuk kita, ada kita berterima kasih?
Saban hari, gua lihat ucapan terima kasih semakin luntur dan berkurangan dalam diri kita.. dah lah tak berterima kasih.. bila susah datang mencari, bila senang terus melupa..
Jika hal mudah seperti berterima kasih pun perlu diingatkan.. gua bimbang.. bimbang kita tak pula bersyukur dengan nikmat yang Allah S.W.T kurniakan.
Semoga kita dijauhkan daripada melakukan hal-hal yang sombong seperti tidak berterima kasih, insyaALLAH..
Sekian.
Semoga hari kita baik-baik sahaja. =)
Subscribe to:
Posts (Atom)