5/19/2013

berterima kasih


Gua bukannya bagus sangat dalam hal berterima kasih ni. Tapi gua nak kongsikan sedikit perihalnya berterima kasih.. 

"Saya juga teringat akan satu hadis, bilamana Rasulullah S.A.W bersabda, bahwa manusia yang tidak berterima kasih kepada manusia lain, maka dia tidak berterima kasih kepada Allah!

Berterima kasih, ialah satu akhlak yang mulia. Akhlak Rasulullah S.A.W. Pernah satu ketika dahulu, seorang Yahudi menghadiahkan kepada Rasulullah buah limau yang sangat masam. Tujuannya ialah untuk memalukan dan mengenakan Baginda.

Baginda meraikan pemberian dan hadiah itu, walaupun Baginda tahu ada suatu yang tak kena pada pemberian itu. Lalu, di hadapan para sahabat dan orang Yahudi itu tadi, baginda makan buah limau yang tersangat-sangat masam itu.

Seulas dijamah, dengan senyum.
Seulas yang lain, juga dengan senyum.
Hingga habis, juga dengan senyum.

Maka marahlah dan kecewalah Yahudi itu tadi, hingga dia pun berlalu dengan hati yang meluap-luap marah, kerana tak berjaya mengenakan Nabi Muhammad.

Sesudah Yahudi itu berlalu, para sahabat yang kehairanan pun bertanya, "Wahai Rasulullah. Sesungguhnya kamu, apabila diberikan hadiah, tidak pernah langsung kamu makan sendiri-sendiri. Kamu sentiasa sahaja berkongsi dengan kami. Tetapi masa kamu memakan buah limau itu, kamu langsung tidak memberikan sedikit kepada kami. Mengapa?"

"Limau ini terlampau masam. Aku bimbang jika kamu makan, wajah kamu akan berkerut atau meludahnya, dan itu mungkin akan membuatkan si pemberi tadi, terasa hati".

Itu akhlak yang sangat tinggi nilainya, tapi malangnya, ia makin pupus. "

- petikan artikel tulisan senior gua (http://iqbalsyarie.blogspot.sg/2012/09/)

Gua sangat terkesan dengan artikel ni.. Sehingga terasa nak buat satu penulisan pasal benda ni. Tapi apakan daya, masa gua tak mencukupi untuk membebel panjang.

Jadi, dimana nilai dan akhlak berterima kasih dalam diri kita? Ada kita berterima kasih apabila org memenuhi permintaan kita? Ada kita berterima kasih apabila sahabat kita membantu menyelesaikan masalah kita? Ada kita berterima kasih jika kawan pinjamkan 2 posen kepada kita? Walau sekecil mana pun bantuan diberikan, seperti contoh, membukakan pintu untuk kita, ada kita berterima kasih?

Saban hari, gua lihat ucapan terima kasih semakin luntur dan berkurangan dalam diri kita.. dah lah tak berterima kasih.. bila susah datang mencari, bila senang terus melupa..

Jika hal mudah seperti berterima kasih pun perlu diingatkan.. gua bimbang.. bimbang kita tak pula bersyukur dengan nikmat yang Allah S.W.T kurniakan.

Semoga kita dijauhkan daripada melakukan hal-hal yang sombong seperti tidak berterima kasih, insyaALLAH..
Sekian. 

Semoga hari kita baik-baik sahaja. =)

No comments:

Post a Comment