5/16/2013

pengembaraan mencari wifi

Dalam pukul 10: 45 malam tadi gua bersama Azam dengan azam yang tinggi menuju ke Fakulti Pengajian Islam (FPI) UKM untuk menggunakan wifi disana. Dengan berbekalkan laptop masing-masing, kami menaiki kenderaan keramat milik abang Jepa menuju ke FPI dengan semangat berkobar-kobar.

Dalam 5 minit, kami pun sampai ke FPI.

Namun, kerana terlalu ramai manusia di FPI, kami menjadi kaku. Harapan menjadi layu. Pengembaraan kami mencari wifi tiba-tiba berakhir seperti muka kami dilempang dengan jutsu "Mokuton No Jutsu" oleh Hokage Pertama kampung Konoha.

Ok merepek.

Disebabkan orang ramai, dan kami pula perlukan privasi (privasi sangat.. lel) maka kami memutuskan untuk mencari port lain untuk online. Maka setelah dihitung, misi pertama kami pada malam ni, adalah untuk mencari Wifi UKM-Tetamu yang berkadar 2.5mb per saat kelajuan downloadnya. ehehe *ketawa penuh makna

Dengan menaiki kereta abang Jep yang baru sahaja diisi minyaknya, maka dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, kami memulakan hala tuju ke pusanika. Dalam 45 saat dari FPI, kami tiba ke pusanika dan sekali lagi dihampakan kerana ramai sungguh manusia disitu. Serta merta kami mengubah arah perjalanan kami menuju kehadapan.

"Nak pergi mana kita ni zam?" Tanya gua kepada Azam. Kami berdua mula jammed setelah 2 lokasi target pertama dipenuhi manusia.

"Entah. Baik kita explore UKM ni tak?" Cadangan beliau kepada gua.

Dengan serta merta cadangan beliau gua terima. Meneruskan pengembaraan mencari wifi, kami menuju ke kawasan lingkungan kedua UKM.

"Ko pernah masuk FPend x? Jom ah kita masuk Fpend." Cadang gua. Kami pun masuk ke Fakulti Pendidikan buat kali pertama. Masing-masing tak tahu jalan. Maka kami redah je masuk FPend. Pusing punya pusing, kami terjumpa satu port yang nampak baik. Kami pun menapak ke arah port berkenaan. Sukses! Port berkenaan ada access point wifi betul-betul bawah meja. Kami pun happy tak terkata dan terus membuka laptop masing-masing.

Namun, suatu perkara yang tidak terduga berlaku. Kami diserang segerombolan nyamuk! Al maklumla kawasan tu takde kipas pulak. Plus kawasan agak tersorok. Bilik kaca Fpend. Hahaha. Kerana tak tahan gigitan asmara nyamuk-nyamuk yang dahagakan darah teruna kami, maka kami mengambil keputusan untuk melarikan diri.

Maka kami menuju pula ke FUU, Kejut dan DTams. Masih tidak ketemu port2 yang menarik. Setelah hampir berputus asa, akhirnya kami kembali ke FPI. Tunggu juga akhirnya manusia-manusia yang ramai tu pulang ke halaman masing-masing.

"Lel, key dia tadi kita jalan-jalan pusing UKM ni nak habiskan masa je." Kata Azam sambil menggaru-garu tangan yang dirogol nyamuk di FPend.

"lel"


No comments:

Post a Comment