"Ekau belajo kek mano he?" Tanya seorang makcik kepada gua di stesen KTM Seremban secara tiba-tiba.
Gua terpaku seketika. Mula memproses jawapan di minda. Mana tak terpaku, gua baru duduk kat situ dah tetiba makcik ni peramah bonar tegur gua.
"Dokek UKM mokcik. Universiti Kobangsaan Malaysia. ehehe" Jawab gua sambil ketawa 'ehehe' sambil berharap makcik tu tak pukul kepala gua, juga secara tiba-tiba.
"Eh budok UKM ghuponyo. Mesti ekau ni pelajar rajin dapek masok UKM eh? Anak makcik UKM jugok" sambung beliau dengan loghat nogori beliau.
Gua cuma tersenyum. Persoalan makcik tu tak gua jawab. Mungkin anak dia rajin agaknya. Sebab tu dapat masuk UKM. Keramahan makcik tu terhenti disitu. Mungkin sebab gua diam je tak jawab soalan beliau. Gua pulak jammed. Kurang biasa disapa tiba-tiba macam tu. Sifat ramah dalam diri mungkin minta disimpan pada hari ni.
KTM pun secara tiba-tiba sampai jugak. Maka gua dengan malasnya terus masuk ke dalam KTM demi mengelakkan berlakunya rebut-rebut dengan makcik-makcik lain ke dalam koc KTM yang kecil itu.
Gua mengambil tempat kosong dalam koc tu dan terus duduk. Lengang. Kurang orang masuk KTM ni. Ramai nak ke arah Sg. Gadut rupanya. Daripada persoalan makcik tu tadi, gua secara tetiba jugak terfikir. Betul ke siapa dapat masuk UKM ni rajin? Arakian, betul ke siapa dapat masuk Universiti ni rajin-rajin orangnya?
Amboi guna perkataan 'arakian'. Masa SPM dulu tak pernah pulak guna. Tahi.
Ironi kehidupan seorang pelajar seperti gua. Hari-hari yang dilalui boleh dikategorikan sebagai hari yang malas sebenarnya. Malas nak bangun tidur, malas nak makan, malas nak online, malas nak ke kelas, malas nak buat esaimen, malas nak buat kerja, malas nak bersembang, malas nak bersukan. Pendek kata, semua malas lah. (ni semua gua la yang malas ni, korang semua tak.. korang rajin.. ahaha)
Lalu tiba-tiba lalat menjengah ke hidung gua. Punya lah malas, gua biarkan je lalat tu..
"Hai la lalat. Rajin betul kau terbang ke sana sini. Dah tak ada kerja ek?" bisik hati kecil gua.
Lalat itu kemudian terbang ke telinga gua dan membalas persoalan gua secara tak semena-mena.
"Bzzzzzzt bzzzzzt"
"Oh." gua membalas.
......................
No comments:
Post a Comment