5/13/2013

isnin

Pagi ni terjaga dari tidur, dan kepala terus berdenyut sakit. Banyak berfikir masa tidur agaknya. Terus aku teringatkan blog yang dah lama ditinggalkan. Apa kena mengena bangun tidur kepala berdenyut sakit dengan teringat blog secara tiba-tiba? Entah. Tiada ahli politik (baca : pentipu) yang boleh memberikan jawapan yang jujur pada persoalan mudah ini.

Amboi  hensem  skema sungguh aku. hahaha

Sebenarnya pagi tadi aku nak jumpa supervisor Final Year Project (FYP), tapi terlajak tidur menggagalkan cubaan murni itu.  Dan petang ni, nak ke kelas usahawan pada pukul 2 petang. Dan sekali lagi cubaan murni tu gagal sebelum bermula pun. Alih-alih main HON dengan Azam. =.=' apa nak jadi.

................

Hari ni hari isnin. Macam biasa, hari aku sentiasa cuba berpuasa sunat. "sentiasa cuba" bermakna sampai pukul 2 petang tak makan apa-apa, kemudian gagal membendung nafsu serakah perut yang buncit untuk diisi, maka cubaan untuk berpuasa gagal lagi. 

Inilah silapnya.

Bila perbuatan puasa hanya berlandaskan lapar dahaga. 

"Eh Hop ko puasa ke hari ni?" 

"Ha'a aku puasa. Perut je puasa. Mata, telinga dan mulut tak."

Betul. Sungguh payah untuk aku berpuasa secara lengkap pakej. Maksud lengkap pakej adalah puasa yang complete, dimana setiap suatu perkara yang ditegah semasa berpuasa tidak dilakukan, secara sengaja mahupun tidak. Pasti ada saja kurang dan cacat celanya dimana-mana. Contoh, berjaya menewaskan nafsu makan, tapi gagal menewaskan nafsu percakapan dan nafsu pandangan. 

Kalau nak terang satu-satu memang rosak keyboard laptop aku ni. 

Akhirnya, dapat lapar je. Pahala ke laut juga. Laut juga yang dapat pahala. *geleng kepala*

................

Bagi korang semua yang rajin berpuasa sunat, *bangun berdiri tepuk tangan*, tahniah aku ucapkan. Semoga istiqamah dalam berbuat kebaikan.

Bagi korang semua yang pemalas langsung nak berpuasa, *duduk geleng kepala sekali lagi*, masih ada masa untuk bersama melaksanakan sunnah ini.

Ceh, pandai nasihat orang.

No comments:

Post a Comment